Ya Allah Ya Tuhanku...

hambamu merindukan rahmat kasih sayangMu..

dan juga keredhaanMu dalam hidup ku..

meskipun ku ulangi dosa noda.

yang menjanjikan azab sengsara..namun kusedari,

keampunanMu tidak bertepi..

Rabu, 30 Mac 2011

Kisah berkat di sebalik bacaan Bismillah..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Ada ketika aku serahkan cinta...



Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...iaitu cinta yg pasti dan abadi, telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini.

Tapi, sbg manusia biasa yg dianugerahkan perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba....
apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku... kerana sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa...pengalaman yg ku dengar di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yg aku tak mungkin kuat utk hadapi situasi sebegitu.

Tapi....takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana spt yg
di kata.....naluri dan perasaan tetap mengharap... Sebelum aku serahkan cinta ini yg bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU...kerana aku tak mampu untuk memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan...segala yg kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah...aku redha Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari Allah kerana aku dapat merasai restu NYA...dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai dia bukan pencinta Allah jua.

Pengharapan yg semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa direstui dan diberkati hubungan ini.... akan ku pastikan tiada bibit dosa yg terlangsung.... akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda. Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya  merancang dan mengharap, tapi penentuannya hanya Allah yang berhak....jadi walau apa yang berlaku di kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah....usaha sudah dilakukan dan itu semua dengan kehendak Mu Ya Allah.... Namun....dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang lebih rapi dan bersungguh perancangannya.......perkara yang cukup menakutkan aku akhirnya terjadi....keputusan yg terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk
aku dilepaskan tanpa rela... hingga kini...sudah puas aku memujuk diri....berbekalkan
iman di hati...aku pasrah atas ketentuan Ilahi....dia bukan milikku....kehadirannya seketika hanya sebagai ujian dari Allah, dan mungkin juga penebus dosaku....
cukup perit ujian yg kulalui ini....dan sehingga kini, kesepian di hati masih subur membuatkan aku sering menangis....bukan kerana tidak dapat menerima takdir Allah....tapi aku sedar......kehendak MU mengatasi segalanya....... suburkan sahaja iman di hati ini.....aku redha.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

wallahu a'lam

Selasa, 8 Mac 2011

Apakah sebenarnya kita ??

Apakah yang paling berat dengan kita??
jawapannya adalah tanggungjawab...susah untuk dipikul khususnya kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...

Apakah yang paling tajam dengan kita ??
jawapannya adalah lidah...suka menuturkan kata yang tidak berfaedah...
Apakah yang paling besar dengan kita ??




jawapannya adalah nafsu....suka kepada perkara-perkara yang tidak baik...

Apakah yang paling jauh dengan kita??
jawapannya adalah masa yang telah lalu .. kerana kita mungkin tidak akan kembali lagi pada masa yang telah lepas..

Apakah yang paling dekat dengan kita ??
jawapannya adalah mati...ia akan menghampiri kita setiap masa dan ketika...adakah kita bersedia dengan bekalan untuk hari kemudian ??

renung-renungkanlah...
wasssalam

Ahad, 6 Mac 2011

Iman Semut Vs Iman Manusia....


Demikianlah kisah teladan yang dapat ana kongsikan bersama para pembaca.semoga kita sama-sama mengambil manfaat bersama.
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut berjalan di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN


Demikianlah kisah teladan yang dapat ana kongsikan bersama para pembaca.semoga kita sama-sama mengambil manfaat bersama.

Jumaat, 4 Mac 2011

لااله الاالله منهج حياة
LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP

Syed Qutb

         Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah (MUHAMMADUR-RASULULLAH). 

         Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi; kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal dan haram, kemudian hukum hudud dan ta'zir, serta peraturan-peraturan mengenai muamalah, perundangan dan arahan-arahan keIslaman semuanya itu adalah tegak di atas dasar pengabdian diri kepada Allah SWT. Begitu juga sumber-sumber itu semuanya adalah ajaran-ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya. 

         Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan peryelmaan kaedah-kaedah ini tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM. 

        Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADUR RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.

Ahad, 27 Februari 2011

Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh


BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.
Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya. 
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar. 

Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.

Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.


Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia. 

Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua. 


Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun. 



Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang. 

Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata "Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi". 

Ada pula yang berkata, "Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita. 

Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, "Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan". Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah. 

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup. 


Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil. 

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al-Mulk ayat 2) 

Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua. 

Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah? 

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk? 

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan. 

Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah 
Al-'Asr ayat 1-3). 

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa. 


Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati-matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.


Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

opick.....

Ku Damba Keampunan

apabila aku terkenangkan janjimu
terasa gelumnya di hatiku
betapa fakirnya fitrah ku padamu
betapa jauhnya diriku darimu

sepanjang ku dibuai mimpi
telah kulupakan janjimu oh ilahi
lenaku masih belum terjaga lagi
ya allah sedarkanlah daku

oh tuhan kini ku telah jaga
janjimu takkan mungkir
pada hamba yang ingkar
diriku tidak kan terlepas
kesalku makin menekan
insafku kian meningkat
http://www.free-lyrics.org/1327-amar.html

apakan masih tersisakah titisan rahmat
moga diriku dikurniakan berkat
tidak tertahan diriku oh ya allah
menanggung azab siksaanmu
tidak sanggup merasa diriku ya allah
menanggung kemurkaanmu

ya allah ampunlah kesalahanku
ya allah ampun keterlanjuranku
ku memohon rahmat daripadamu
semoga dihazafkan dosaku


amar….