Ya Allah Ya Tuhanku...

hambamu merindukan rahmat kasih sayangMu..

dan juga keredhaanMu dalam hidup ku..

meskipun ku ulangi dosa noda.

yang menjanjikan azab sengsara..namun kusedari,

keampunanMu tidak bertepi..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Hati ini diuji lagi...


Kehidupan aku penuh keceriaan...nikmat Allah yang amat aku syukuri..alhamdulillah....xpernah aku terima motivasi setiap pagi..mana taknye, celik mata je ade je yang "melawak"..hai tak tau la aura apa yang roomate aku pakai...sorang2 ragam melawak...ada gaya mengenakan orang la...ada gaya suka menyambung ayat org la....hai..macam2...poning2..

Dalam keceriaan, xterlepas hari aku dengan ujian yang  tak dijangka..kadang2 rasa xlojik lak..tapi, Allah akan uji hamba dia dengan apapun ujian sekalipun kita kata tak lojik...

Suatu hari aku ditugaskan untuk membuat presentation..silap aku lupa nak agihkan tugas kepada ahli kumpulan yang lain..aku cuba minta maaf dan harap maaf ku diterima dan tugasan las minute dapat diselesaikan dengan baik...sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segalanya. Salah seorang daripada ahli kumpulan aku tak dapat buat tugasan di saat akhir..aku jadi terkilan dengan sikapnya yang tidak mahu turut serta dalam presentation petang tu..

ya Allah, tak tahu la nak gambarkan camne perasaan masa tu, mana taknye poster xsiap lagi..presentation lagi brapa minit je..dalam masa yang sama aku berusaha sms pujuk sahabat ni supaya ikut serta dalam presentation petang tu...akhirnya dia membalasku dgn kata2 yang perit tuk aku terima..tapi aku cube fikir positif je masa tu sebab masa presentation nak dekat..dan aku cube untuk lupakan kata2 pedih daripada dia dan memaafkan serta mendoakn semoga dia dilembutkan hati untuk turut serta dalam presentation petang tu..Akhirnya aku berjaya siapkan poster dan sampai kelas sebelum waktunya...

Alhamdulillah, nikmatnya masa tu..:-) tapi, sahabat aku seorang itu tidak menghadirkan diri sehingga la waktu presentation bermula. Dalam hati dan fikiran memikirkan dia yang tak kunjung tiba. 

Bertapa berat nak tahan sabar masa tu..Allah je tahu perasaan aku waktu tu.."hati ku di uji lagi"(aku bermonolog sendiri)...aku lawan perasaan sakit hati dan marah dengan senyum pada kawan2 yang menghampiri..dan cube untuk ceriakan diri seolah orang tengok aku macam tak de masalah...alhamdulillah aku berjaya melakukannya sehingga tamat presentation..ehe...nikmatnye terima ujian...seronok lak rasanya..

Petang tu, alhamdulillah presentation aku dinilai baik oleh pensyarah dan sahabat2 sekuliah...terubat sedikit resah dihati..ehe.(senyum sampai ketelinga)....

Banyak hikmah yang aku dapat dengan ujian Allah ni, aku dpat kawal marah, aku dpat sabar, aku dapat sedekah(senyum)..ehe macam2 aku dapat..dan pengajaran buat aku lepas ni supaya jangan lambat beri informasi kepada ahli kumpulan..nnt diri yang susah...


Lagi satu...sebagai hamba, kita kena ingat yang Allah akan uji hamba2nya xkira waktu, tempat, dan siapa pun kita..jadi kita kena bersedia la...siapa yang kuat terima ujianNya..dia lah orang yang berjaya...wallahu alam..




Sabtu, 6 Ogos 2011

Mudahnya menjadi muslim, namun.............


Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim...namun...


# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...


# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...


# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...


# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...


# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...


# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...


# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...


# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...


# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...


# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam... 


# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....




Renunglahhh.....

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Alangkah indahnya jika semua kaum lelaki memiliki sifat seperti Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati Allah tidak kira dimana jua..Berapa ramai lelaki yang menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan idol?..mengapa makin hilang dari kesucian kesolehan? wahai kaum adam, andai kau tahu dambaran hati kaum hawa hanyalah untuk memiliki perlindung sejati yang sentiasa letakkan dirinya ditempat yang suci dan diredhai...


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
BuaianDunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.







iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam


Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

opick.....

Ku Damba Keampunan

apabila aku terkenangkan janjimu
terasa gelumnya di hatiku
betapa fakirnya fitrah ku padamu
betapa jauhnya diriku darimu

sepanjang ku dibuai mimpi
telah kulupakan janjimu oh ilahi
lenaku masih belum terjaga lagi
ya allah sedarkanlah daku

oh tuhan kini ku telah jaga
janjimu takkan mungkir
pada hamba yang ingkar
diriku tidak kan terlepas
kesalku makin menekan
insafku kian meningkat
http://www.free-lyrics.org/1327-amar.html

apakan masih tersisakah titisan rahmat
moga diriku dikurniakan berkat
tidak tertahan diriku oh ya allah
menanggung azab siksaanmu
tidak sanggup merasa diriku ya allah
menanggung kemurkaanmu

ya allah ampunlah kesalahanku
ya allah ampun keterlanjuranku
ku memohon rahmat daripadamu
semoga dihazafkan dosaku


amar….